Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 51)

Melbourne...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 51)

Melbourne, Australia

Tahun 2002 saya telah dilantik sebagai Timbalan Rektor di UIAM. Cuba mengelak daripada dilantik. Ssya cuba beri beberapa alasan. Semua dipatahkan. Saya minta ditangguhkan selama 2 bulan untuk siapkan peperiksaan akhir kursus undang2 saya dahulu dengan harapan pihak pejabat Presiden UIAM (Almarhum Tan Sri Sanusi Junid) memilih calon lain. Tiba2 beliau benarkan pula penangguhan. Saya terjerat.

Bila sudah diberikan amanah & tugas baru, semakin sukar bagi saya untuk terbang di udara biru. Seekor burung remaja sudah diikat sayapnya. Memang UIAM perlukan perkhdimatan saya. Tapi saya pun ada mimpi saya (ini akan dicerikan dalam buku saya Kembara Kerjaya Dari Maktab Mahmud ke Dow Jones).

Semasa saya menjawat jawatan Timbalan Rektor, saya mewakili UIAM terbang ke Melbourne bagi satu seminar antara Kulliyyah Undang2 UIAM dengan salah sebuah universiti di sana. Saya belum sampai di bumi Australia. Ini kali pertama. Cuacanya menyerupai Cape Town. Sentiasa segar & refreshing. Tidak terlalu sejuk. Tapi keadaan kehidupannya lebih tenang & mengilhamkan.

Memang tepatlah Melbourne diiktiraf sebagai tempat kedua terbaik di dunia untuk hidup. Ia ada segala2nya. Yang penting, terasa kita dialu2kan. Semua orang boleh hidup & mencipta impian masing2. Saya juga mengambil kesempatan menziarahi beberapa lokasi menarik. Tidak lupa juga komuniti masyarakat Islam di sini.

Selepas beberapa bulan, saya turun lagi ke Melbourne bagi bersama pasukan debat UIAM mengharungi pertandingan mereka di sana. Saya semakin suka dengan Australia. Terlintas di hati nak tinggal di sini bersama keluarga. Tapi tak tahu bila & bagaimana.

Hidup di sini amat simple walaupun hidup di bandaraya Sydney @ Melbourne. Jam 5 petang semua pejabat & kedai dah tutup. Sektor kesihatan & pendidikan antara terbaik di dunia. Ada banyak cerita dengan Australia di masa hadapan.

Kadang2 lintasan pemikiran menjadi doa senyap. Gelombang lintasan pemikiran adalah doa yang berterusan di samping doa ketika menadah tangan. Yang satu berterusan & yang satu lagi bertempat & berketika. Bagi saya, doa senyap yang berterusan lebih indah & powerful.

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts